Sejak kebelakangan ini,kejadian pembunuhan kerap berlaku di Negara kita.Isu ini juga sudah mendapat perhatian umum di seluruh Negara.Seperti yang saya ketahui,pembunuhan ialah menghilangkan nyawa seseorang tanpa niat atan dengan niat sama ada secara sengaja atau tidak.Masyarakat di Negara kita sering beranggapan bahawa membunuh itu merupakan suatu perbuatan jenayah tetapi ia sebenarnya juga boleh dikategorikan sebagai salah satu daripada gejala sosial yang serius di Negara ini.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALAH INI
Kurang didikan agama dalam diri seseorang ialah antara punca berlakunya gejala pembunuhan. Segelintir manusia pada hari ini sudah tidak kisah tentang kepentingan agama dalam hidup mereka.Mereka tidak sedar bahawa ilmu agamalah yang menentukan landasan hidup mereka yang sebenar.Tidak ketinggalan juga nilai-nilai kemanusiaan yang semakin pupus dalam diri manusia.Hal ini akan menyebabkan berlakunya gejala negatif tersebut.
Di samping itu,punca keruntuhan sistem keluarga juga menyebabkan berlakunya gejala tersebut.Hal ini dapat dilihat menerusi kes-kes penderaan kanak-kanak yang kian berlaku.Mereka bukan sahaja didera malah dibunuh kejam oleh manusia yang berhati binatang.Punca ini berlaku disebabkan sikap sebilangan ibu bapa hari ini yang terlalu mengejar kebendaan tanpa mengikuti perkembangan keluarga di rumah.
Selain itu,tekanan emosi dalam diri juga menjadi faktor wujudnya gejala sosial pembunuhan ini.Seseorang yang boleh terdorong untuk melakukan perbuatan tersebut adalah berkemungkinan dirinya tidak mampu untuk mengawal emosi dengan baik apabila dilanda masalah.Contohnya dalam kes kematian empat sekeluarga yang mati dibunuh oleh ahli keluarganya sendiri.Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan gangguan emosi yang terlampau.Punca tersebut juga boleh menyebabkan kejadian bunuh diri.
Faktor terakhir yang boleh disumbangkan berlakunya gejala tersebut juga ialah pengaruh dari persekitaran.Misalnya pada masa kini,kita dapat lihat majalah-majalah hiburan yang dijual di serata tempat di samping peralatan media elektronik seperti televisyen,internet dan lain-lain.Segala kemudahan yang disediakan disalah guna sehingga naluri manusia didorong untuk berkelakuan ganas.
KESAN-KESAN
Antara implikasi-implikasi yang boleh disumbangkan dalam gejala sosial tersebut pula ialah berlaku kemunduran pembangunan Negara.Hal ini kerana ia akan mengganggu proses pembangunan yang sedang giat beroperasi.Kadar jenayah yang sedang menaik juga mempengaruhi perkembangan Negara.Misalnya,waktu perniagaan yang dijalankan akan dikurangkan oleh para peniaga kerana mereka tidak mahu menanggung risiko yang boleh menjejaskan perniagaan mereka.
Kekerapan kes-kes pembunuhan yang berlaku juga member kesan terhadap masyarakat di Negara ini sendiri.Masyarakat akan diselubungi rasa takut untuk menjalani aktiviti seharian mereka.Pergerakan mereka akan terbatas disebabkan mereka perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.Keadaan ini juga akan menyebabkan masyarakat akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram di Negara mereka sendiri.
Selain itu,gejala sosial tersebut juga dapat memberi kesan terhadap ahli keluarga mangsa pembunuhan itu sendiri.Kebanyakkan daripada keluarga mangsa bunuh sukar menerima kenyataan tentang kejadian yang berlaku.Situasi sedemikian boleh berlaku apatah lagi mangsa merupakan salah seorang daripada ahli keluarga yang paling disayangi atau paling rapat dalam kalangan keluarga tersebut.Tekanan hidup juga akan timbul sekiranya keluarga mangsa terlampau terkejut dengan kejadian terbabit.Contohnya ,seorang ibu mungkin boleh menjadi gila sekiranya terlihat anaknya dibunuh di depan mata sendiri.
Tuntasnya,apa yang dapat kita hurai dalam masalah gejala sosial pembunuhan di atas ialah ia bukan sahaja dianggap serius malah amat membimbangkan masyarakat di seluruh Negara pada hari ini.Masyarakat kita mungkia berasa bertuah kerana dapat hidup dalam Negara yang bebas daripada peperangan.Namun, sekiranya masalah gejala sosial tersebut berterusan berlaku,maka ia juga boleh menjejaskan keamanan di Negara ini.Oleh itu,semua pihak haraslah berganding bahu untuk mengatasi masalah ini agar masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana yang aman damai selamanya.
WAN NUR SYAKIRA BT WAN MD.KEMARUZAMAN
205014