Apakah itu buli?Menurut Kamus Dewan,perkataan buli bermaksud perbuatan mendera,mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikn diri dengan suasana baru.Buli juga boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang dilakukan terhadap seseorang dengan kasar yang menyebabkan seseorang itu cedera.Buli dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu buli fizikal dan buli mental.Buli fizikal ialah perbuatan seperti pukul-memukul,menendang,memeras ugut,menampar,dan menolak sehingga kadang-kadang membawa kepada kematian.Buli mental pula ialah lebih kepada ejek mengejek,menghina,menjatuhkan maruah seseorang dan menyebabkan seseorang itu malu untuk berdepan dengan orang ramai.Akibatnya memberi tekanan kepadanya,contohnya seperti jika seseorang itu cacat atau mempunyai nama yang pelik selalu akan dibuli oleh pelajar lain.Dewasa ini kes buli yang berlaku disekolah semakin berleluasa menjadi-jadi.Hal ini telah mencapai satu tahap yang merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah ,ibubapa,kerajaan dan masyarakat.
Menurut kajian,kes buli ini meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.Oleh itu,setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya.Terdapat beberapa punca yang telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah buli ini.Penyumbang utama kepada masalah buli ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Gejala ini dikatakan pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.Malah ibubapa dan guru tidak menjadi model dalam kehidupan remaja kini.Mereka lebih percaya dengan rakan seusia untuk berkongsi masalah.Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli.
Media massa juga merupakan salah satu pengaruh terhadap punca berlakunya kes-kes buli.Media massa menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi pergaduhan yang berbahaya dan ini mendedahkan kepada pelajar yang menontonnya.Mereka mudah terpengaruh oleh apa yang ditontoni mereka dan meniru aksi-aksi yang dipertontonkan tanpa menyedari akibat daripada perbuatan mereka.Paparan melalui media cetak dan elektronik banyak memaparkan adegan buli.
Masalah desakan hidup juga menjadi punca berlakunya masalah buli.Hal ini demikian kerana pengabaian ibu bapa terhadap tanggujawab mendidik anak-anak sehinggakan mendorong mereka mencari kebebasan di luar rumah.Tekanan perasaan yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan, penderaan, kepincangan institusi keluarga, dan kesunyian hidup menyebabkan mereka melepaskan tekanan perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain untuk melepaskan kemarahan.
Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk membendung masalah ini.Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuh’.Peranan ibu bapa adalah yang paling penting dalam menbendung masalah budi ini.Institusi rumahtangga itu perlu kukuh dan mempunyai keharmonian antara ibubapa dan anak agar mereka tidak mencari kawan diluar untuk meluahkan masalah.Ibubapa perlu memberikan kasih syang yang seckupnya,jangan terlalu mengejar kekayaan sehingga kasih sayang terhadap anak-anak diabaikan.
Selain itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu buli ini dalam pelajaran di sekolah dalam matapelajaran tertentu.Dengan itu pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan .Pihak sekolah juga boleh menggalakan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif.Pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dlam kes itu.
Kesimpulannya selagi masalah ini berleluasa,impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal khayalan sahaja.Oleh itu semua pihak harus berganding mahu dalam membendung masalah ini.
NUR HANIS BT MOHD NOOR
200010
No comments:
Post a Comment