selamat datang

selamat datang
SALAM PERTEMUAN........Seperti yang diketahui umum, kini kita telah berada di era globalisasi yang begitu pesat berkembang. Banyak perubahan dan kejayaan yang dapat dilihat dari semasa ke semasa. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut bersama mengikut arus permodenan ini. Negara kita tidak kurang hebatnya untuk brsaing dengan negara-negara lain. Banyak penyelidikkan dan pembanggunan telah dijalankan bagi merialisasikan matlamat jangka panjang negara kita iaitu Wawasan 2020. Kerajaan telah menjalankan banyak usaha bagi memastikan Malaysia akan terus maju dan berkembang. Malangnya, sebenarnya kita mempunyai masalah dalaman yang begitu membimbangkan. Jika ia dipandang remeh terhadap masalah ini, kita mungkin akan mempunyai kesukaran untuk mencapai matlamat kita. Masalah tersebut adalah masalah sosial yang kebanyakkannya membabitkan remaja negara. Generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Mereka jugalah yang akan menyambung usaha untuk memajukan negara kita. Jadi, masalah sosial harus dipandang serius oleh semua pihak. Justeru, kami dari kumpulan 33 bagi matapelajaran Bahasa Melayu Pengurusan telah memilih masalah sosial sebagai tema kepada blog yang ingin dicipta. Segulung jutaan terima kasih yang tak terhingga dari kami kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn. Ainal Akmar kerana memberi peluang untuk kami menimba dan mematangkan fikiran serta mnencetuskan idea membina sebuah blog agar dapat menjadi titipan orang ramai agar lebih perihatin terhadap masalah yang melanda sekaligus bersama-sama dalam membendung gejalah yang kian menjadi kini.

Saturday, August 28, 2010

Penyalahgunaan Dadah


PENGENALAN

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
1)Dipengaruhi oleh orang lain
remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu membezakan antara gejala yang negatif atau positif. Remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari kesan buruknya.

2) Sikap ingin mencuba
pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan ini merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah.

3) Kekurangan kasih sayang dan didikan agama.
kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akan menyebabkan remaja terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkah laku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada ibu bapanya walaupun individu tersebut tiada niat yang baik. Bagi remaja yang kurang kepercayaan rohani akan mengabaikan pantang larang hidup.


AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH
1)      Kesan atas penagih
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat dan hanya bergaul dengan kumpulan penagih-penagih dadah yang lain.mereka tidak bertanggungjawab dengan diri sendiri. Dari segi fizikal,penagih akan menjadi kurus, tidak bertenaga, penagih juga boleh pitam, pengsan dan mudah marah akibat daripada rasa ketagihan yang berlebihan. Selain itu, kesan daripada pengambilan dadah juga akan menjadikan mereka lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti manduk, kencing gigi dan sebagainya

2)      Kesan ke atas keluarga
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.

3)      Kesan ke atas masyarakat
Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

4)      Akibat ke atas Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:-
ü  Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
ü  Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah
ü  Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
ü  Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan
ü  Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun .


LANGKAH MENGATASI           
a)Peranan ibu bapa.
Ibu bapa hendaklah mendidik cahaya mata mereka sejak kecil lagi. Hal ini kerana, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila mereka dewasa kelak, sudah tentu mereka pintar untuk membuat perbezaan untuk memilih intan atau kaca. Janganlah kita menjadi seperti ketam yang mengajar anak mereka berjalan lurus, sedangkan dia sendiri berjalan senget. Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa dapat membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat kini.
b)Peranan pihak sekolah
selain itu, pihak sekolah juga turut dapat mengatasi masalah ini daripada merebak seperti virus epidemic di kalangan pelajar. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang boleh mendatangkan faedah kepada pelajar. Contohnya mengadakan ceamah mengenai penyalahgunaan dadah dlam kalangan pelajar. Melalui cara ini, pelajar dapat menghindarkan diri daripada perkara tidak berfaedah seperti memcencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka.

c)Media massa

Media massa juga dapat menjaukan masalah ini dari masyarakat. Contohnya, pihak media massa boleh menyiarkan berita atau cerita yang boleh membawa keinsafan kepada masyarakat agar tidak melibatkan diri dalam gejalah ini dan dapat dijadikan iktibar didalam hidup.

d)Pihak kerajaan

Seterusnya, pihak kerajaaan juga memainkan peranan yang sama penting dalam membendung masalah ini. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen supaya masyarakat lebih peka terhadap perkara yang berlaku disekeliling mereka. Jangan lah kita menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengambil berat mengenai apa yang berlaku disekeliling. Melalui cara ini, masyarakat bukan sahaja dapat mennabah ilmu pengetahuan mereka bhkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama sendiri. Selain itu, masyarakat madani dapat dipupuk melalui kempen ini. 


KESIMPULAN
Natijahnya, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam mengatasi penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat yang semakin merebak kini. Melalui cara ini, kita dapat merealisasikan impian perdana menteri kita untuk menjadikan Malaysia sebauh Negara maju yang mampu berdiri gah di persada dunia selaras denagan gagasan “Satu Malaysia”, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

ARWIDAH BT ALI
127637

No comments:

Post a Comment