selamat datang

selamat datang
SALAM PERTEMUAN........Seperti yang diketahui umum, kini kita telah berada di era globalisasi yang begitu pesat berkembang. Banyak perubahan dan kejayaan yang dapat dilihat dari semasa ke semasa. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut bersama mengikut arus permodenan ini. Negara kita tidak kurang hebatnya untuk brsaing dengan negara-negara lain. Banyak penyelidikkan dan pembanggunan telah dijalankan bagi merialisasikan matlamat jangka panjang negara kita iaitu Wawasan 2020. Kerajaan telah menjalankan banyak usaha bagi memastikan Malaysia akan terus maju dan berkembang. Malangnya, sebenarnya kita mempunyai masalah dalaman yang begitu membimbangkan. Jika ia dipandang remeh terhadap masalah ini, kita mungkin akan mempunyai kesukaran untuk mencapai matlamat kita. Masalah tersebut adalah masalah sosial yang kebanyakkannya membabitkan remaja negara. Generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Mereka jugalah yang akan menyambung usaha untuk memajukan negara kita. Jadi, masalah sosial harus dipandang serius oleh semua pihak. Justeru, kami dari kumpulan 33 bagi matapelajaran Bahasa Melayu Pengurusan telah memilih masalah sosial sebagai tema kepada blog yang ingin dicipta. Segulung jutaan terima kasih yang tak terhingga dari kami kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn. Ainal Akmar kerana memberi peluang untuk kami menimba dan mematangkan fikiran serta mnencetuskan idea membina sebuah blog agar dapat menjadi titipan orang ramai agar lebih perihatin terhadap masalah yang melanda sekaligus bersama-sama dalam membendung gejalah yang kian menjadi kini.

Saturday, August 28, 2010

Rempit



Pada masa kini masalah rempit semakin melanda di Malaysia dan menjadi semakin serius terutamanya dikalangan remaja. Masalah ini sering dikaitkan dengan pelbagai faktor dan punca, antaranya ialah ledakan teknologi, pengaruh media, internet, kurangnya pantauan dari ibu bapa dan sebagainya. Antara impak yang kita dapat lihat akibat dari masalah rempit ini ialah mencuri, merompak, meragut, penyalahgunaan dadah, kematian dan kemalangan.

'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.

Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama. Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.

Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun. Sebagai langkah pencegahan Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit’ akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Ini berikutan hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, cadangan itu yang kini masih pada peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan sebelum mendapatkan kelulusan."Pihak kita ada berbincang untuk laksanakan hukuman penjara mandatori bagi samseng jalanan. Sebelum ini kebanyakan kes, pesalah hanya membayar denda atau saman, tetapi dengan dikuatkuasakan undang-undang tersebut, semua pesalah perlu menjalani hukuman di penjara mengikut kesalahan yang dilakukan," katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini. Beliau berkata, bagaimanapun hukuman penjara mandatori itu hanya dicadangkan bagi samseng jalanan yang berumur 18 tahun ke atas manakala bagi mereka yang di bawah umur, kumpulan berkenaan masih tertakluk pada Akta Perlindungan Kanak-kanak. "Kita juga sedang mengkaji supaya pesalah-pesalah yang di bawah umur dihantar ke sekolah-sekolah juvana," katanya. Dalam usaha mencegah kegiatan lumba haram dengan lebih agresif, beliau berkata, pihaknya akan memperluaskan lagi Skuad 42 yang khusus menjalankan operasi membanteras lumba haram ke semua kontinjen di seluruh negara. "Kini ada beberapa kontinjen yang sudah ada skuad 42 seperti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) yang sememangnya fokus kepada operasi cegah lumba haram. Jadi saya berharap setiap kontinjen akan mempunyai Skuad 42 mereka masing-masing sebelum hujung tahun ini," katanya.

Selain daripada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membanteras gejala mat rempit yang kian berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan JPJ berhubung usaha meningkatkan kerjasama itu, baru-baru ini. Menurutnya, kerjasama antara dua agensi penguat kuasa itu perlu disebabkan JPJ mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak ada pada pasukan polis.

SHAIDATUL NUR AKHMAR B. SAMRI
200079

No comments:

Post a Comment