selamat datang

selamat datang
SALAM PERTEMUAN........Seperti yang diketahui umum, kini kita telah berada di era globalisasi yang begitu pesat berkembang. Banyak perubahan dan kejayaan yang dapat dilihat dari semasa ke semasa. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut bersama mengikut arus permodenan ini. Negara kita tidak kurang hebatnya untuk brsaing dengan negara-negara lain. Banyak penyelidikkan dan pembanggunan telah dijalankan bagi merialisasikan matlamat jangka panjang negara kita iaitu Wawasan 2020. Kerajaan telah menjalankan banyak usaha bagi memastikan Malaysia akan terus maju dan berkembang. Malangnya, sebenarnya kita mempunyai masalah dalaman yang begitu membimbangkan. Jika ia dipandang remeh terhadap masalah ini, kita mungkin akan mempunyai kesukaran untuk mencapai matlamat kita. Masalah tersebut adalah masalah sosial yang kebanyakkannya membabitkan remaja negara. Generasi yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Mereka jugalah yang akan menyambung usaha untuk memajukan negara kita. Jadi, masalah sosial harus dipandang serius oleh semua pihak. Justeru, kami dari kumpulan 33 bagi matapelajaran Bahasa Melayu Pengurusan telah memilih masalah sosial sebagai tema kepada blog yang ingin dicipta. Segulung jutaan terima kasih yang tak terhingga dari kami kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn. Ainal Akmar kerana memberi peluang untuk kami menimba dan mematangkan fikiran serta mnencetuskan idea membina sebuah blog agar dapat menjadi titipan orang ramai agar lebih perihatin terhadap masalah yang melanda sekaligus bersama-sama dalam membendung gejalah yang kian menjadi kini.

Saturday, August 28, 2010

Pembuangan Bayi





Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara kita. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta anak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu.Khalifah Umar Al-Khattab juga pernah melakukannya semasa beliau belum menganut agama Islam. Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti perzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini. Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata-rata tempat dalam keadaan yang begitu menyayat hati.

Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks di luar nikah. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai. Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes dan menjadikan keseluruhan kes pada tahun tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula dari tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik ini telah didedahkan sendiri oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyat pada 20 Oktober 2008. Melihat akan statistik yang di kongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Pada tahun 2010, negara kita di kejutkan lagi dengan pembuangan bayi yang terus berleluasa. Hampir setiap hari akhbar-akhbar melaporkan mengenai peningkatan jumlah pembuangan bayi yang kian meruncing. Peningkatan secara mendadak ini menimbulkan rasa runsing dan risau dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa.

FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI

1)Kurangnya didikan agama

Fenomena pembuangan bayi pada masa kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah pembuangan bayi kian berleluasa. Antara faktor yang utama ialah kurangnya pendidikan agama secara menyeluruh dalam diri remaja terutamanya. Hal ini demikian kerana remaja pada masa kini lebih terpengaruh dengan budaya barat. Mereka inginkan kebebasan yang tiada sesiapa yang mampu menyekat kehidupan mereka daripada melakukan sesuatu yang mereka inginkan. Walaupun pelbagai kempen-kempen dan ceramah-ceramah telah di adakan namun mereka tetap alpa dengan kehidupan duniawi.

Apabila kurangnya didikan agama dalam diri mereka dan di rangsang pula dengan gambar-gambar lucah, maka terjadilah hubungan seks di luar nikah. Gambar-gambar lucah dan mengghairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini.

2)Masalah perkhawinan

Faktor perkahwinan juga menyebabkan masalah pembuangan bayi kian meningkat. Budaya masyarakat Melayu,umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan mereka yang ingin mendirikan rumah tangga berasa amat tertekan kerana mereka tidak mampu untuk menyediakan wang hantaran. Apabila anak muda terlalu ghairah ingin mendirikan rumah tangga tetapi kerana faktor ini mereka tidak dapat mengawal nafsu dan melakukan zina, maka lahirlah anak di luar nikah.

3)Pengabaian kasih sayang

Pengabaian dalam memberi kasih sayang adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat di mana, semakin meningkat masalah ini dalam kalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, sebagaimana sibuk sekalipun, harus memperuntukkan waktu bersama anak- anak agar mereka merasakan diri mereka sentiasa disayangi dan di hargai.

4)Keruntuhan institusi keluarga

Keruntuhan institusi keluarga Islam juga menjadi faktor berlakunya masalah
pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya
Hashim Yahya, menyatakan beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.


KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI

Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, kepada ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara kita sendiri.

Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu dalam usia remaja. Akibat daripada tiada berperikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup walaupun mereka tidak berdosa. Hal ini akan menyebabkan kehidupan mereka akan sering berada dalam kesusahan dan perlu berdepan dengan reaksi masyakat yang memandang serong terhadap mereka.

Kesan yang seterusnya ialah kesan terhadap ibu bayi berkenaan. Kesan dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital mahupun orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan keadaan badan mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil dan sangat berbahaya.

Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan dan akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini demikian kerana ibu bapa berasa malu mengenangkan tindakan anak mereka sebegitu memalukan keluarga. Bahkan, keluarga itu iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk bergaul dengan orang ramai lagi. Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu kerana tidak pandai memelihara anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh itu masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara apabila ibu bapa mereka bercerai.

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan
berlaku ialah pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, empat strategi yang akan digunakan untuk mengatasi masalah pembuangan bayi iaitu advokasi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan. Beliau berkata, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua agensi yang terlibat bagi melaksanakan strategi itu dalam isu pembuangan bayi.

"Advokasi tentang institusi keluarga diperlukan untuk mengatasi pengabaian, penderaan dan pembuangan kanak-kanak dan perbuatan tersebut dianggap sudah bukan lagi budaya rakyat Malaysia,” Katanya, strategi pencegahan juga perlu bagi memberikan kefahaman terhadap ilmu agama dan kesan terhadap seks bebas. Beliau berkata, satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengetengahkan kurikulum kepada semua remaja perempuan terhadap hubungan intim dan kesannya secara ilmiah. Beliau turut menasihati golongan muda supaya mendalami ilmu dan berpegang kepada ajaran agama supaya tidak terus hanyut dengan nafsu muda.

Selain itu antara langkah lain yang boleh di ambil ialah memperbanyakkan program-program dakwah dan digerakkan secara bersepadu. Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.

Langkah yang seterusnya ialah menyekat program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas. Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka
yang sudah terlanjur, hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-
perbuatan terkutuk tersebut. Hal ini demikian kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".


KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu
padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya masalah pembuangan bayi ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dengan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu masalah berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. Ekoran itu, ibu bapa adalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka daripada kecil. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

NOOR NAZATUL AZIRA BT SHAHIDAN
200039

1 comment:

  1. salam, terima kasih kerana banyak faedah-faedah yang saya perolehi dari blog ini tentang masalah sosial di negara kita.ini membantu saya menyiapkan kerja amali saya di sekolah.saya berharap banyak lagi info penting yang dapat dikongsikan dalam blog ini.;)

    ReplyDelete